Isnin, 30 September 2013

Minuman Berkarbonat Dalam Botol Kaca

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pihak kami telah mengeluarkan produk baru Elly F&D iaitu minuman berkarbonat dalam botol kaca. Minuman dijamin Halal dan Sedap!!!

Minuman ini didatangkan dalam beberapa perisa iaitu;

1. Aiskrim Soda
2. Campuran Buah-buahan
3. Epal
4. Anggur
5. Oren
6. Sarsi
7. Strawberry

Harga istimewa yang ditawarkan adalah serendah RM0.50 untuk setiap botol (325ml) bergantung kepada jumlah kuantiti order/tempahan. Satu kotak ada 36 biji botol.

Sekiranya pihak anda memerlukan khidmat kami untuk penghantaran, kami cuma mengenakan charge RM4 untuk setiap kotak untuk penghantaran sekitar Muar.


Botol kaca perlu dipulangkan semula. Deposit botol akan dikenakan semasa proses penghantaran.

Sebarang pertanyaan ataupun tempahan, sila hubungi En Fazli di talian 019-6519740.

Hubungi kami untuk mendapatkan tawaran harga yang lebih menarik.

Ayuh support usahawan Melayu!!!


Ahad, 30 Jun 2013

Permulaan Perniagaan

Salam..

Catatan awal ini ditulis bagi berkongsi pengalaman memukakan business kecil-kecilan dalam bidang minuman dan makanan ini.

Semuanya bermula bila aku pergi ke kedai membeli minuman selepas penat bermain futsal. Aku suka beli minuman jus buah-buahan yang 350ml. Tak berjenama sangat. Adalah sesekali beli minuman yang ada jenama sikit. Bila dilihatkan pada bungkusan, jenama, harga dan quantity kandungan, aku mula terfikir, takkan benda sesimple ini pon orang Melayu macam aku tak boleh nak buat.

Bermula dari situ aku mula buat carian diinternet. Bermula dari jenis-jenis botol sehinggalah labelling.  Perisa dan jenis air aku tak ambil kisah sangat sebab aku plan untuk produce air minuman biasa sahaja seperti air buah-buahan.

Namun dalam melayari beberapa blog dan web berkenaan air minuman, aku terjumpa satu blog (aku tak ingat namanya) yang menceritakan tentang pembuatan air berkarbonat. Yang menariknya minuman-minuman sebegini amat laku semasa bulan puasa dan hari raya. 

Oleh itu, aku memulakan carian cara-cara membuat air berkarbonat. Aku terjumpa satu mesin yang dijual di mudah.my bagi membuat air gas ini. Mesin itu dijual di Johor Bahru. Selepas deal dengan penjual, aku dan partner aku pun ke sana melihat lebih dekat. 

Syukur sangat sebab penjual tersebut turut memberikan latihan penggunaan mesin tersebut serta cara-cara pembuatan pati dan sirap.

Sekarang, cara pembuatan dah tahu, cuma botol dan labelling sahaja.

Terima kasih.